Nuffnang Ads

Thursday, July 1, 2010

Penghasilkan gambar perkahwinan

Flower
  • KEMAHIRAN JURUGAMBAR

Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik,seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi.Selain dari itu,jurugambar mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti ,pandai berkomunikasi,mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain.Kemahiran ini hanya dapat di kuasai dengan pengetahuan,latihan dan pengalaman.Ini bermakna,semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu,semakin tinggi pula harga yang akan di kenakan untuk perkhidmatannya.

  • MASA PERKHIDMATAN

Jurugambar adalah seorang yang profesional.Ini bermakna,beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan.Ini bermaksud,masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar .Dengan itu,jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu di ambil untuk sesuatu tugasan.

  • PERKHIDMATAN SELEPAS TUGASAN

Setelah jurugambar selesai merakamkan gambar untuk majlis perkahwinan anda,tugas sebenarnya tidak habis di situ sahaja.Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah di rakamkan dengan memilih gambar yang terbaik sahaja.Sekiranye perlu,gambar yang terpilih akan di perbaiki lagi dari segi kecerahan,kontras,warna,ketajaman,komposisi dan sebagainya.Seterusnya,barulah gambar anda tadi akan di cetak.Selepas cetakan gambar siap,jurugambar akan di meneliti kembali kualiti cetakan gambar.Gambar yang tidak sempurna akan di cetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang di kehendaki.Akhir sekali,kesemua gambar-gambar tersebut akan di susun ke dalam album sebelum di serahkan kepada pelanggan.

- kami banyak menawarkan khidmat photograpy mengikut kemampuan bakal2 pengantin dan yang paling penting penghasilan gambar yang berkualiti tidak mengira harga hanyalah untuk kepuasan bakal pengantin serta penghasilan kerja yang bermutu

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...